Khamis, 14 April 2011

Cara cari barang hilang...

penatnyer nak cari topik tuk aku tulis kat dalam blog aku ni...maklumlah pertama kali nak berkongsi dengan orang lain..so aku rase better aku citer pasal pengalaman aku sendiri..Korang pernah alami barang hilang tak?aku rase semua orang pernah alami..cuma ada yang jumpa brg tu dan ada yang tidak...

baru-baru ni aku hilang kad pengenalan (ic)..pening aku pikir kat mana letaknya ic aku ni...aku sedar pun masa kat opis sebab aku nak guna ic masa tu...kalau tak..mungkin sebulan dua baru aku perasan...(hehehe).Aku risau sangat ic aku hilang ni bukan apa..masuk ni dah 2 kali ic aku hilang...(tak ke teruk aku ni)..dalam kepala aku ni dah terbayang duit yang nak terbang...(adui)..Dipendekkan cerita sorang kawan aku suruh aku jumpa dengan seorang pegawai kat tempat aku..menurut cerita kawan aku ni..pernah staff kat opis aku ni shot rm300 (maklumlah koje kat kaunter..kebarangkalian duit shot tu tinggi kalau lalai ckit)..tapi akhirnya dapat balik duit tu sbb pelanggan yang tak bayar tu datang balik ke opis kami tuk pulangkan rm3oo tu...aku tak lah menanya macam mana pegawai tu buat sampai orang tu pulang kan balik duit tu.

dalam kepala aku ni pikir gak macam mana pagawai ni nak tolong aku..pakai limau ke..or tengok dalam air.(mmmmm)..bila aku pergi jumpa dengan pegawai tu kat dalam bilik dia..wah pegawai tu siap senyum semacam dengan aku (macam tau2 jer)..So bila aku cerita kat dia ic aku hilang..dia kata ic aku ada dalam laci..(hah..laci mana..dah puas aku cari kat dalam laci aku). Bila dia nampak muka aku macam tak puas hati, dia ambik kertas..dia tulis tulisan jawi kat kertas tu..bila dah siap, dia suh aku baca..oooo rupanya ayat wat dhuha...dia suh aku baca dengan yakin sebayak 7 kali sampai habis ayat...pastu dia cakap doa pada Allah agar jumpa lah ic tu...aku pun buat la apa yang disuruh...

korang tau x apa yang berlaku..Subbahanallah...lepas aku buat apa yang dia suruh..tiba-tiba aku rase gerak hati aku kuat pada ASB..knp ASB?sedangkan aku berurusan dangan ASB dah 3minggu...disebabkan gerak hati yang kuat tu..aku call lah ASB tempat aku berurusan dulu..korang tau..rupenya ic aku dah ada kat sana dah 3minggu..Aritu jugak aku pergi ambil ic aku...bila aku sampai n kenal kan diri aku...aku tengok pengawai ASB tu keluarkan ic aku dari laci dia..aku cakap dalam hati agaknya pengawai aku tadi nampak laci orang ni kot..hehehe papa pun Allahamdullilah jumpa gak ic aku tu...selamat duit aku...syukur...

Skang kalau ada orang yang hilang barang..aku pesn benda yang sama pada orang tu dan Allhamdulillah mmg mujarab...ok lah kengkawan..sampai sini jer lah esok kita sambung lagi...

1 ulasan:

  1. subhanallah..saya baru je hilang set barang kemas..masalahnya saya tak ingat letak kat mana..skrg ni rasa rungsing sgt...saya akan amalkan surah dhuha ni..moga2 Allah bagi petunjuk...huhu..sedih sangat

    BalasPadam