Hidup ini ibarat roda, seketika kita ada di atas, seketika kita berada di bawah. Kita mengeluh bila berasa di bawah, kita gembira bila di atas.Jika ditanya siapa yang ingin berada di bawah pasti hampir kesemua menolak untuk berada pada tahap tersebut namun hakikatnya tiada seorang pun yang mampu kekal di atas untuk selamanya.
Apabila kita kecewa, sebenarnya Allah sedang memanggil kita untuk hampir padanya.Maklumlah ketika kita gembira jarang untuk kita menngingatinya..hanya yang menjadi persoalan, adakah kita mahu mendekatinya atau terus hanyut dengan kekecewaan yang kita hadapi.
Adalah lebih baik untuk kita sama-sama berkongsi jalan dan caranya untuk menukar kekecewaan kepada kebahagian daripada hanya membicarakannya secara perasaan. Pertama kita perlu memahami bahawa Allah mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Maka seandainya kekecewaan dirasai kembalilah kepadaNya dengan sepenuh jiwa dengan memperkuatkan jiwa dan mental.Dengan membaca 100 ayat Alquran setiap hari, insyaallah ketenangan yang akan kita perolehi.
Seterusnya seseorang itu perlu meneruskan satu ikatan perasaan baru yang lebih kukuh antara dirinya dan Allah. Ikatan yang wujud dari rasa tenang perlu diperkukuhkan dengan melakukan apa yang disuruh oleh Allah.Sekiranya semua ini dilakukan secara konsisten selama 2minggu, Insyaallah kekecewaan akan luput dari diri kita dan yang tinggal hanyalah kegembiraan.
Kekecewaan itu sebenarnya tanda kasih sayang Allah dan rahmat Allah sentiasa mendahului kemurkaannya. Maka lihatlah kekecewaan itu dengan melihat kurniaan kasih sayang bukan dengan keluh kesah yang membawa derita.Wallahualam..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan